
JOM BINA BISNES KONTRAKTOR BERJAYA BERSAMA
Sertai kami dan berpeluang untuk menjadi vendor utama Renorumah Sdn Bhd dan mendapat job secara berterusan dengan mengikuti program
Reno Young Entrepreneur Programme kami!



Kelayakan pemohon :
Umur 18 - 30 tahun, Kelayakan min SPM
Latar Belakang dalam bidang Interior Design, Senibina, Pembinaan diutamakan.
Bermotivasi tinggi.
3
Masalah Utama
Kontraktor Baru di Malaysia
Susah nak dapat job berterusan. Ada bulan yang tiada job. Cash flow koyak. Job tak ada tapi gaji pekerja masih kena bayar.
Tak tahu macam mana nak GROW kan bisnes kontraktor. Terpaksa buat 2-3 bisnes lain juga. Dah 3-4 tahun buat bisnes kontraktor tapi pada tahap sama je.
Masalah pengurusan syarikat dan manusia. Bila tak tahu macam mana nak urus syarikat dan pasukan macam mana nak kembangkan bisnes?
5
Kelebihan Sertai Program RYEP kami

Program Latihan 6 bulan
Latihan komprehensif 6 bulan ini merangkumi aspek praktikal dan teori dalam bidang kontraktor rumah, termasuk pengurusan projek, teknik pembinaan, keselamatan, dan kepimpinan untuk menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.
Latihan PERCUMA
Latihan ini disediakan secara PERCUMA untuk semua peserta, memberikan peluang kepada individu yang berminat untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan tanpa sebarang kos dan yang diperlukan adalah KOMITMEN tinggi anda.
Elaun Kehadiran
Peserta akan menerima elaun kehadiran sepanjang program latihan ini, memberikan sokongan kewangan bagi setiap komitmen yang diberikan oleh peserta.
Vendor Tetap
Peserta yang layak dan lulus program ini akan berpeluang menjadi vendor tetap dalam ekosistem 'renorumah', membuka jalan untuk bisnes yang stabil dan berkembang dalam industri.
Development Roadmap
Kami menyediakan peta jalan pembangunan yang jelas bagi vendor Renorumah. Dengan panduan ini, anda dapat merancang langkah-langkah pembangunan perniagaan anda dengan lebih efektif, membantu anda mencapai matlamat jangka panjang dengan lebih yakin dan berpeluang untuk menjalankan kerjasama panjang dengan Renorumah.
Our Story..
Pada tahun 2013, perjalanan inspirasi bermula apabila Saudara Syahmi, baru saja menamatkan pengajian di UTM, bertemu dengan Saudara Zulhilmi yang juga telah berhenti dari kerjaya sedia ada untuk mengejar impian perniagaan kontraktor.
Pertemuan mereka berlaku dalam program usahawan yang dianjurkan oleh GLC. Dari titik permulaan ini, perjalanan luar biasa mereka bersama bermula.
Perniagaan mereka mula dengan langkah kecil, terlibat dalam projek-projek seperti pengecatan rumah, pemasangan lantai vinil, dan kerja-kerja pembaikan. Dalam sekelip mata, mereka mampu menaiki tangga projek yang lebih besar, termasuk terlibat sebagai kontraktor dalam projek MRT yang prestij.
Namun, dalam menggapai kejayaan, kisah mereka dipenuhi dengan dugaan dan ujian yang datang bertubi-tubi. Mereka pernah menghadapi kesukaran apabila rakan kongsi perniagaan meninggalkan mereka. Mereka juga telah diperdaya oleh pelanggan dan broker projek yang tidak jujur.
Di samping itu, dugaan juga datang dari dalam, dengan kekecewaan apabila staf yang diamanahkan membawa lari wang.
Mereka menerapkan tekad untuk membantu usahawan yang jujur dan berintegriti agar dapat membina kerjaya yang berjaya dalam ekosistem Renorumah.

Kini, dari titik di mana mereka bermula sebagai individu yang mengharungi dugaan demi dugaan, Syahmi dan Zulhilmi telah menjelma menjadi pemimpin yang berdedikasi dalam membantu usahawan lain untuk memahami setiap risiko dan mencapai potensi penuh mereka dalam bidang pembinaan.
Kisah inspirasi mereka adalah pendorong utama di sebalik konsep Renorumah, yang tidak hanya menjadi platform renovation rumah semata, tetapi juga semangat dan penyokong kepada usahawan-usahawan yang berani untuk bermimpi besar dan bertindak lebih hebat.



Apakah Hasil Yang Boleh Dijangka Selepas Mengikuti RYEP ?
1
Akses Peluang Berterusan
Sebagai vendor kami, anda akan mendapat akses kepada pelbagai peluang projek berterusan. Ini membuka pintu kepada potensi pendapatan yang stabil dan membolehkan anda terus membangun dan mengembangkan perniagaan anda dalam ekosistem pembinaan yang berkembang pesat.
2
Pemahaman Mendalam Industri
Dengan menyertai program RYEP, anda akan mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang industri pembinaan. Ini akan membantu anda mengatasi cabaran dengan keyakinan dan mengambil keputusan yang lebih bijak berdasarkan pengetahuan yang diperoleh.
3
Peningkatan Kemahiran
Program ini akan membekalkan anda dengan kemahiran dan strategi yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan pembinaan. Anda akan mempelajari teknik-teknik terkini untuk menghadapi situasi yang mencabar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan anda.
Apa Kata VENDOR kami sebelum ini?
Platform terbaik
untuk cari sale
AI Curtain Home Furnishing Sdn Bhd
Beri peluang
untuk cari job
Nans Top Services
Memudahkan
tracking
kerja-kerja.
ADT Construction
Sertai Kami Sekarang!
Sertai kami sekarang. Jangan berlengah lagi. Slot kami hanya terhad kepada 10 pelatih yang layak sahaja bagi menjamin kualiti latihan dan peserta.